Social Icons

.

Pages

4 Day

www.4daysincome.com

Minggu, 21 Oktober 2012

BILA HATI BERBICARA


Bila hati yang berbicara. llidah kelu tak terkata tiada kata yang mampu dilafaz. Hati berdetik malu kepadaNya. Meskipun berdiri dihadapan makhluk juga hamba ciptaanNya, tetap tak mampu mengangkat wajah. Kaku untuk bertingkah. Keyakinankah yang hilang  Atau apa.

Hati terus-menerus bertasbih dan bertahmid padaNya. Debaran masih terasa' Teringat pula kalam Sang Pencipta… Tika mana amanah yang tergalas dibahu perlu diselesaikan buat terakhir kalinya. Diantara dua insan yang akan kupilih untuk menjadi pemimpin dikalangan kami, Istikharah memberiku jalan

“Dan orang-orang yang kelmarin mengangan-angankan kedudukannya (Qarun) itu berkata, “Aduhai, benarlah kiranya Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya dan membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki diantara hamba-hambaNya). Sekiranya Allah tidak melimpahkan karuniaNya pada kita, tentu Dia telah membenamkan kita pula. Aduhai, benarlah kiranya tidak akan beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah).”

“Barangsiapa datang dengan (membawa) kebaikan, maka dia akan mendapat (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barangsiapa datang dengan (membawa) kejahatan, maka orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu hanyadiberi alasan seimbang dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.”

Maka telah tersurat takdir mereka di Loh Mahfuz, hanya seorang yang akan dipilih mengetuai barisan jundullah… yang akan meneruskan rantaian perjuangan… Biarpun manusia hanya merancang, tetap Allah adalah sebaik-baik perancang… Hati kotor manusia tidak selayaknya untuk memilih… kerana belum tentu yang dipilih adalah berdasarkan kehendakNya…

Lantaran itu, yang berada dibawah harus redha dengan keputusan yang dibuat… Siapapun yang terpilih, pasti ada hikmah disebaliknya… peranan kita pula yang pastinya dipertikai diakhirat kelak… tiada insan yang sempurna, maka haruslah saling menampung satu sama lain… juga saling memaafkan… Hati ini terus-terusan berbicara…

Tidak layak rasanya diri ini untuk membuat pilihan… maka, mengharap pada Dia untuk memberikan petunjukNya… Ya! inilah masanya… Masa yang telah tiba… masa yang ditunggu lama dahulu… masa yang diharap pada sahabat agar memahami… jangan disentuh sekeping hati ini sebelum masanya… Jika bertanya pada hati, katanya, “aku ingin sambung belajar… Master targetku!” Namun, Dia lebih berkuasa… Jika dia tidak memperkenankan, pasti ada caturan terbaik untukku yang telah dahulu lagi sebelum aku diciptakan, tercatit didalam kitab itu susunan aturan hidupku… Maka redha bentengku daripada bersangka buruk terhadap Penciptaku…

“Dan diantara tanda-tanda (kebesaran) Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram padanya, dan Dia menjadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada demikian itu, benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.”

“Dan tidakkah mereka memerhatikan bahawa Allah yang melapangkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki dan Dia (pula) yang membatasi (bagi siapa yang Dia kehendaki). Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang beriman.”

Tikamana aku mencari… cahaya dan petunjukNya… Dalam pada aku harus memilih insan yang seharusnya menerajui barisan jundullah di kampusku, aku juga diperintah olehNya untuk bersedia dalam mencari dan memilih, seterusnya merancang untuk insan yang bakal menerajui hidupku yang pastinya kuharapkan dia memanduku menuju RedhaNya… Yang membawa aku lebih intim kepada CintaNya…

Jika selama ini tiada siapa yang mampu mematahkan pendirianku… tetapi, apabila kalamNya berbicara… hatiku menjadi perkara kedua yang kutolak tepi buat sementara… Perjuangan ini perlu diteruskan mengikut redhaNya…


Ketika inilah ujian demi ujian yang besar hadir mengganggu ketenanganku… Umpan kesenangan ditanah asalku membuatkanku dilemma. Antara perjuangan yang mudah atau yang susah bakal aku pilih… Teringat pula pak menakanku pernah mengatakan.

     Mana mampu aku berdalih setiap kali disoal? insan-insan yang membesarkanku di tanah basah itu tidak harus kupersalahkan kerana kerisauan mereka… Kerisauan terhadap anak gadis yang mereka lihat ia membesar dihadapan mata, berada jauh diperantauan… Anak gadis itu begitu berani untuk jauh dari genggaman mereka… Dia harus memilih untuk memenangkan kesemua hati-hati insan yang melihatnya membesar atau memilih untuk memenangkan diri sendiri… Saat mereka berselisih pendapat itulah saat yang paling sukar… sukar untuk memilih yang mana harus dimenangkan… Lantaran itu, dia memilih untuk merantau… Namun kini, dia harus kembali kepada mereka… atau harus mendirikan kehidupan sendiri… Yang meyakinkan! Meyakinkan mereka untuk melepaskannya…

Aku? Hatiku ini terus-menerus berbicara… Bila hati yang berbicara… sudah pastilah mulut terkunci tanpa kata… Seakan-akan kupunyai duniaku yang kedua… Berat sekali untuk membuat keputusan… Yang pasti, bicara dan cahaya petunjukNya yang diharapkan untuk memimpin hati, fikiran dan keputusan yang bakal dibuat…

Ya Rabbi, tunjukkanlah aku jalan…!

Aku perlu berada disini… dibumi ini… bumi yang ketandusan pancaran iman dan Islam… mana mungkin aku bisa melepaskan tanggungjawabku disini…? Selagi belum pasti ada yang akan menggerakkannya… Perlu untuk aku meninggalkan ‘sesuatu’ disini… dibumi ini…

Jalan ini dipilih bukan kerana hati, tapi keranaNya… Kuketepikan semua kepentingan diri bukan kerana hati, tapi kerana Rabbuna wa Rabbu abaa ikum… Walau macam manapun, Aku harus pilih!

Ya Rabbi, tunjukkan aku jalan…

Dengarlah kata hatimu... Hati yang ikhlas tulus pasti sentiasa membuatkan dirimu bahagia ^___^

Bila hati sedih.......... cepat je ko nak menangis

Bila hati rindu.......... mesti ko teringat kenangan-kenangan masa dulu

Bila hati kecewa..... ko tak nak ingat apa-apa

Bila hati menderita.... pedih je dalam hati ko rasa

Bila hati patah....... ko cuba nak cari penawar duka

Bila hati pasrah...... perkara lalu ko buat endah tak endah

Bila hati gembira...... ko senang je nak ketawa

Bila hati tersenyum itulah saat yang paling bahagia dalam hidupmu.. dan hargailah masa itu kerana ia mungkin tak berulang lagi... Sematkan saat-saat indah dahulu dalam hati mu.... Bila ko sedih, ingatlah kenangan indah yang boleh buat ko tersenyum kembali..

Namun diriku sendiri tak pastu hati ku mampu tersenyum lagi atau tidak... Hanya Allah yang lebih mengetahui

Hati lebih suka berbicara sendiri...

Tidak ada komentar:

Posting Komentar